Monday, October 25, 2010

Keputusan Penuh UPSI 2010 Kategori Terbuka

dalam dewan25 Oktober 2010, Tanjung Malim – Pertandingan catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Terbuka telah diadakan selama dua hari, 23-24 Oktober 2010 yang lalu dan telah dimenangi oleh saudara Mohd Syakir Shazmeer dengan 6.5 mata. Masa kawalan adalah satu jam setiap pemain.
Kedua jatuh kepada Mohd Saprin Sabri dengan 6 mata dan ketiga Sumant Subramaniam. Keempat diduduki oleh Mohd Faisal Zakaria (adik/abang Stonemaster) dan kelima dimenangi oleh Ahmad Fadzil Nayan dengan 5.5 mata. Saudara Kamaluddin Yusof telah memenangi kedudukan ke-6. Ke-7 dimenangi oleh saudara CM Mohd Fadli Zakaria atau lebih kenali sebagai Stonemaster. Kelapan dimenangi oleh saudari Kimberly Jane Cunanies dari Filipina. Ke-9 oleh Wong Jian Wen dan ke-10 Wan Mohd Fazli Wan Nawawi.
Bapa kepada Shazmeer, En. Azhar b Mohd Said, menduduki tempat ke-11 dengan 5 mata.

image
image

No comments:

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan

Apa yang tidak kita

inginkan

Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,

Akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan

Terkadang tidak dapat membuat

Hidup kita menjadi lebih bahagia.

Let's Play Against Shredder