Sunday, April 18, 2010

Kejohanan Catur MSSS 2010 di juarai oleh PPD

SYABAS dan TAHNIAH kerana setiap pemain MSSD Petaling Perdana kerana tidak pulang dengan tangan kosong. Ini kerana kontijen MSSD Petaling Perdana merupakan pemenang bagi setiap kategori.




Pasukan P12 telah diwakili oleh Anis Fariha Saleh, Aina Farzana Che Mohd Azemin, Intan Nor Syahida Hashim dan Nurulhana Syuhada Sulkifli. Pasukan ini telah mendapat tempat kelima acara berpasukan. Sementara Nurulhana telah berjaya mendapat tempat kelima acara individu.
 


P15 telah diwakili oleh Jane Wee Li Yen, Nur Fairuz Shamsul Kamal, Nurul Adlina Mohd Sulkifly dan Vickie Hong Wee Ki. Pasukan P15 telah mendapat tempat ketiga acara berpasukan. Amat sayang sekali pemain-pemain Pasukan P15 gagal memenangi acara individu untuk keputusan yang lebih cemerlang.
 


Pasukan P18 Petaling Perdana diwakili oleh Nur Syafiqah Othman, Winnie Hong Wee Ni, Chong Sy Ying dan Nur Fariha Mohd Jamri. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Juara acara berpasukan. Winnie meneruskan kecemerlangan dengan menjadi Johan acara individu.
 

Pasukan L12 telah diwakili oleh Muhd Ihsan Syahiran Mohd Najib, Tin Jun Hao, Muhd Azfar Zariq Abu Bakar dan Daryl Wong Cheng Lim. Tin Jun Hao yang berjaya menjadi Naib Johan acara individu telah berjaya mengetuai pasukannya untuk mendapat tempat keempat acara berpasukan.
 

Sebagai juara MSSD PP, Low Jun Keat telah mengetuai Pasukan L15 yang juga disertai oleh Fikri Saleh, Sunil Kalivanan, dan Muhd Khidhir Muhd Zamani. Pasukan L15 sungguh cemerlang kerana berjaya mengesahkan diri sebagai Juara acara berpasukan sebelum pusingan terakhir. Mereka berjaya memungut mata yang tinggi (18/20). Fikri dan Sunil berjaya meneruskan kecemerlangan dalam acara individu setelah masing-masing berjaya mendapat tempat Pertama dan Kelima.
 

Pasukan L18 yang diwakili oleh Low Jun Jian, Tiam Wen Yong, Ashman Raziuddin Aliff dan Hazwan Lee Haris Lee juga cemerlang di kejohanan ini setelah berjaya mendapat tempat keempat acara berpasukan. Dua orang dari mereka iaitu Jun Jian dan Ashman masing-masing telah berjaya mendapat tempat ketiga dan kelima dalam acara individu.
 
Dengan berbekalkan 108 mata, Daerah Petaling Perdana telah dinobatkan sebagai JUARA Kejohanan Catur MSSS edisi 2010. Kejayaan sebagai juara ini agak terencat sedikit kerana trofi pusingan tidak disampaikan sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.


CONGRATULATION TO ALL WINNERS.

No comments:

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan

Apa yang tidak kita

inginkan

Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,

Akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan

Terkadang tidak dapat membuat

Hidup kita menjadi lebih bahagia.

Let's Play Against Shredder