Tuesday, July 26, 2011

Tertutup Kuala Krai - Siri 2

Kuala Krai sekali lagi akan menganjurkan Siri Tertutup Kuala Krai selepas siri pertama berlangsung dengan jayanya pada bulan lepas. Siri ke 2 ini akan menjadi kejohanan yang menawarkan rating kebangsaan dengan beberapa pemain yang mempunyai rating Malaysia dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan. Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan tersebut.

Kejohanan Catur Tertutup Kuala Krai

Kategori

  1. Elit - Rating kebangsaan min 1300
  2. Bawah 18
  3. Bawah 12

Tempat Pertandingan : Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai

Pertandingan susulan iaitu bawah 12 dan bawah 18 juga turut diadakan untuk mencari bakat baru di sini.

Antara beberapa pemain yang dijemput hadir bagi Kategori elit ini ialah:


  1. Nik Ahmad Farouqi
  2. Nik Muhd Nazri
  3. Mohd Amin Noor
  4. Mohd Bukhari Yahya
  5. Mohd Ariez
  6. Wan Muhd Amirul
  7. Wan Muhd Adli
Hanya pemain yang mempunyai rating kebangsaan min 1300 ke atas sahaja yang dibenarkan bertanding bagi kategori elit.

PCNK mengucapkan semoga pertandingan ini berjalan lancar dan terima kasih kepada Cikgu Nik Azrihan yang sentiasa bertungkus lumus untuk mengadakan pertandingan catur di Kelantan.

No comments:

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan

Apa yang tidak kita

inginkan

Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,

Akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan

Terkadang tidak dapat membuat

Hidup kita menjadi lebih bahagia.

Let's Play Against Shredder