Wednesday, November 24, 2010

Paralimpiad di Melaka

Sample image

Sukan Paralimpiad 2010

Selepas tamatnya SUKMA 2010 pada bulan Julai 2010, Melaka menganjurkan satu sukan bertaraf nasional iaitu Sukan Paralimpiad 2010 yang berlangsung pada 21 November 2010 hingga 26 November 2010. Sukan Paralimpiad merupakan sukan yang dikhaskan untuk golongan OKU.


 Untuk temasya pada tahun 2010, ia merupakan kali pertama diadakan di luar Kuala Lumpur. Sebanyak 16 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu adminton, Basikal, Boccia, Boling Padang, Bola Keranjang Kerusi Roda, Catur, Goalball, Futsal, Olahraga, Petanque, Perahu Layar, Ping Pong, Powerlifting, Renang, Tenis Kerusi Roda dan Tenpin Bowling.
 Sebanyak 7 venue pertandingan dipilih iaitu Stadium Hang Jebat, Stadium Mini Bistari, Pusat Akuatik Hang Jebat, MIBC Hang Tuah Jaya, Dewan Bola Keranjang MBMB, Pusat Boling Padang Hang Jebat dan Kompleks Tenis Hang Tuah Jaya.

Upacara perasmian akan diadakan pada 21 November 2010 di Stadium Hang Jebat bermula pukul 7.30 – 10.30 malam yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek manakala upacara penutup akan diadakan pada 26 November 2010 bermula pukul 7.30 -10.30 malam yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob.

Maskot sang kancil yang bernama ‘JANTAN’..

Nampak gayanya si Zool akan terlibat sekali lagi sebagai urusetia IT. Kali ini tentang sukan badminton pula. Tak tau apa yang akan dilakukan lagi sebab tiada latihan. Kemungkinan dalam minggu ini akan ada entri-entri pasal sukan paralimpiad ni..

Kepada yang berada di sekitar Melaka, sila-silalah melawat venue pertandingan ye. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk website rasmi di :-

http://paralimpiadmalaysia.org.my/

Catur bermula 22 hingga 25 November 2010. Melaka bermula garang merebut 2 Emas Catur Cacat Anggota Rapid manakala Kuala Lumpur dapat 2 Emas kategori B1 (cacat penglihatan kekal) dan Negeri Sembilan 2 Emas kategori B2/3 (cacat penglihatan separa)

KATEGORI B1 


Emas :Idris Mat Saman - Kuala Lumpur
Perak
 : Amir Samsudin - Kuala Lumpur
Gangsa : Khusaini Saimon - Melaka

PASUKAN B1 



Emas : Kuala Lumpur
Perak : Terengganu
Gangsa: Melaka

KATEGORI B2 


Emas : Hj Shaharuddin Hj Sidek - Negeri Sembilan
Perak : 
Mahadir Abdul Ghani - Kuala Lumpur
Gangsa :
 Awalludin Taibon - Negeri Sembilan

PASUKAN B2  


Emas : Negeri Sembilan
Perak : Kuala Lumpur
Gangsa : Johor

KATEGORI CACAT ANGGOTA RAPID

Emas : Mohd Kelana Yusop - Melaka
Perak : 
Hasidin Abd Rashid - Melaka
Gangsa: 
Ahmad Zubir Mohd Yaakob - Negeri Sembilan

PASUKAN CA RAPID 


Emas : Melaka 
Perak : Negeri Sembilan
Gangsa : Terengganu

Pingat telah di sampaikan oleh YB Datuk Hj Abd Wahab Hj Ab Latip ADUN Durian Tunggal dan pengrusi Perkampungan Sukan Paralimpiad Melaka 2010.

No comments:

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan

Apa yang tidak kita

inginkan

Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,

Akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan

Terkadang tidak dapat membuat

Hidup kita menjadi lebih bahagia.

Let's Play Against Shredder