Monday, February 28, 2011

Keputusan Kejohanan Maverick

DATCC - Seramai 108 peserta menjayakan kejohanan mingguan yang dikatakan paling kuat setakat ini. Dengan kehadiran pemain no 1 negara dari Kelantan, IM Mas Hafizul, Jasur Madjidov dari Uzbekistan, Ian Udani dari Filipina dan ramai pemain pelapis negara, setiap pusingan merupakan pusingan yang mencabar.

Kelantan diwakili 5 pemain iaitu IM Mas, Nik Farouqi, Ariez Azman, Wan Tarmizi dan Ezmi Mahmood. IM Mas berjaya menamatkan pertandingan di tempat ke 2 dengan 6/7 mata, tewas kepada juara Maverick iaitu Madjidov yang juga mengumpul 6 mata. Lain- lain keputusan adalah Nik Farouqi (20) dengan 4.5 mata, Ariez (39) dan Ezmi (44) dengan 4 mata dan Wan Tarmizi (66) dengan 3 mata.

Dengan format permainan 25 minit, perlawanan sememangnya menarik dengan keputusan menang kalah tidak dapat dijangka sehingga tamat permainan. Nik Farouqi sendiri menjadi mangsa apabila 2 permainan yang menang posisi berakhir dengan seri kerana kehabisan masa dan pemain lawan hanya tinggal raja. Walaupun di tempat ke 20, Nik agak berpuas hati dengan persediaan ke National Close memandangkan adanya increament 30 saat pada kejohanan itu nanti.

IM Mas pula tidak menghadapi masalah untuk menang 6 perlawanan cuma agak malang membuat kesilapan pada posisi seri dengan Madjidov. Dengan kekalahan kepada Madjidov, IM Mas berpuas hati dengan tempat ke 2 pada penampilan sulung kejohanan mingguannya tahun ini. Diharap IM Mas akan lebih kerap membuat penampilan terutamanya kejohanan yang akan dianjurkan oleh PCNK nanti.

Keputusan penuh boleh dilihat di SINI

No comments:

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan

Apa yang tidak kita

inginkan

Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,

Akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan

Terkadang tidak dapat membuat

Hidup kita menjadi lebih bahagia.

Let's Play Against Shredder