Dengan markah 6.5/7 dan kelebihan mata pemutus seri yang memisahkannya daripada Taulani Tukiran, akhirnya Muhd Syazwan Zulkifli telah diisytiharkan juara bagi Kejohanan Cabaran Cerdik Catur Ke-2 yang diadakan di Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Feb 2011.
Pilihan pertama (first seed) kejohanan ini, Abdullah Che Hassan terpaksa akur berada di kedudukan ke-7 dengan 5.5 markah manakala Tun Seri Lanang yg mendahului selepas pusingan ke-4 dan ke-5 telah seri dengan Fong Yit San di pusingan ke-6 tapi tewas kepada Muhd Syazwan di pusingan akhir menjadikan Tun menduduki tempat ke-5.
Pasangan adik beradik, Muhd Nabil dan Nur Nabila Azman Hisham memperolehi markah yang sama (6/7) dan menduduki tempat ke 3 dan ke-4 masing-masing.
Berikut adalah keputusan penuhnya. Keputusan ini juga boleh dilihat di chess-results.com (KLIK SINI)
No comments:
Post a Comment